Thursday, 6 February 2014

Ayah

 Kredit.

 Ayah. Ingat tak masa akak kekecik dulu, akak selalu ikut ayah beli barang niaga pastu akak akan terus gi kat meja kaunter untuk main tekan kalkulator laju-laju? Acacah macam hebat sangat boleh tekan kalkulator lelaju. Ayah tak pernah larang, ayah tak pernah marah, asal akak tak kacau kerja orang. Hehe.

Sampai orang kedai tu kenal akak ni budak yang suka main tekan kalkulator, dia tak kisahkan ayah? Baik betul orang tu. Lepas tu ayah belikan akak bebola Ayamas kat sebelah kedai barang tu. Sedap ayah, sedap sungguh. Bertambah akak makan.


 ni la bebola sedap tu.


Ayah penah cakap kat akak, "kakak dah besar nanti jadi doktor ye? Boleh tolong ubatkan ayah kalau ayah sakit." Akak cuma senyum sambil mengiyakan. Bila ayah utarakan kemahuan ayah pada sorang hamba Allah tu, dia gelakkan ayah kan? Dia cakap akak tak layak. Akak marah betul dalam hati, geram! Tapi bila dah besar, masuk sekolah menengah, minat akak menjurus pada bidang kira-kira. Ayah tak marah pun, ayah siap bagi sokongan lagi. Terima kasih ayah.

Lepas SPM, akak masuk Matrik Kedah. Alhamdulillah, kat situ rezeki akak. Ayah dengan mak ditemani pokde dengan mokde hantar akak. Jaoh sungguhkan ayah? Tapi ayah tak kisah pun demi anak ayah ni. Dan alhamdulillah akak diberi peluang untuk sambung pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam bidang yang akak minat.

Ayah gembira. Ayah gembira sebab akak berjaya tunaikan impian ayah nak masukkan sorang anak ayah kat Universiti ni. Kampung kita kat Melaka, memang akan lalu kat highway Dengkil, lalu tepi USIM. Ayah selalu cakap 'Ayah kalau boleh nak sorang dari anak ayah masuk kat sini.' (Sambil tunjuk dan senyum). Memang itulah yang ayah akan ulang setiap kali kita balik kampung. Dan alhamdulillah sekali lagi, Allah pilih akak masuk USIM. 

Masa hari pendaftaran, ayah pakai hensem-hemsem. Ayah pakai sesemat. Ayah azankan perjalanan akak untuk masuk USIM. Sepanjang perjalanan, ayah tak habis-habis bagi nasihat itu nasihat ini. Risau ayah mengalahkan risau mak yang tak banyak bersuara. Hihi. Masa nak hantar akak masuk asrama, kita parking kereta jaooohh sangat. Sebab banyak kereta, masing-masing nak hantar anak jugak. Sama macam mak ayah.

Ayah penat masa tu, akak kesian tengok ayah. Dah sakit lutut kata ayah, tapi ayah jalan jugak. Hantar jugak sampai bawah bangunan asrama akak. Ayah. Ayah menangiskan masa hantar akak kat asrama tu? Akak nampak ada airmata yang bergenang kat kelopak mata ayah. Bahagia rasa bila ayah gembira, bila dapat buat ayah rasa bangga.

Tapi kegembiraan akak tak lama ayah, sebulan lepas akak masuk USIM. Ayah pulak masuk hospital. Kelam-kabut akak balik petang tu ayah, sampai rumah malam. Ayah tengah sakit teruk. Akak tak pernah tengok ayah sakit macam tu, pedih. Pedih rasa hati tengok ayah macam tu. Jadual akak setiap hujung minggu, balik rumah pergi hospital jaga ayah. 

Hari terakhir ayah cakap dengan akak, masa tu ayah dah takde suara dah dan akak nak balik USIM dah. 
Ayah pegang tangan akak dan tanya 'kakak ada duit tak?'. Ayah, sungguh rasa tak kuat masa tu, ayah tanya sambil nangis sikit. Sempat lagi risaukan akak padahal ayah yang tengah terlantar sakit. Akak cakap 'Ada ayah, akak ada duit. Ayah jangan risaukan akak, ayah jaga kesihatan ayah bebaik. Ayah kena cepat sembuh.' 

Tak lama lepas tu, ayah koma. Takde lagi pandangan dari ayah, takde lagi gerak mulut ayah untuk bercakap dengan kami. Hanya sebulan di hospital sebelum ayah pergi menghadap yang Maha Esa. Sempat. Kami sempat bersama ayah bila ayah menghembuskan nafas yang terakhir.

Sekarang dah lebih 2 tahun ayah pergi, bermacam perkara yang akak lalui tanpa ayah. Banyak benda diluar jangkaan yang terjadi lepas ayah takde. Dan akak masih lagi rasa cemburu pada sahabat yang masih mempunyai ayah. Terlalu mudah air mata ni jatuh.

Moga ayah tenang disana, berbahagia disisi Pencipta. In Shaa Allah.

Al-fatihah.