Tuesday, 27 January 2015

My lovely Oreo Cheese Cake yang sedap lagi berkrimm =D

Aku rasa aku dah semakin hebat memasak pastry (nada riak). Dulu penah try, test, cuba buat kuih raya, alaa ape ke name laa kuih tuu.. Yang bebulat tuu, yang pas korang goreng korang gegolek an dia dengan bijan. Nak bagi melekat laa kat bende alah bulat tuu.. Haa.. Tau takk nehh?? Alahaii.. Jap jap aku try google. Kot ada, nak kasi tunjuk.


ni laa bende nyee(Eksited)!! =D

Bila dah siap masak benda ni, bagi nenek aku rasa. Tentunya aku tak rasa dulu, terlampau eksited laa katakann.. Haha. Tau Puan nenek komen ape? Ni kalau baling kat dinding pown, dinding tuu yang pecah. Keras macam batu. Hikkk!! (sesak napas gua). Tapi takpe. Masa buat tu umo gua dalam 11 tahun centu. Masih belajar en, stended ah jadi lagu tuu.. Haha.

But now, aku dah matured (lah sangat). Jadi rasa bangga bila percubaan pertama gua buat cheese cake ni menjadi.. Haha. Rasa bahagia bila family aku cakap sedap! Walaupun at first, my mom said 'tak payah buat lahh, kang jadi tah hape-hape' (ok itu sedihh). Tapi ma, akak da wat sehabis baik dah nak banggakan ma tau? (overr~)

So dengan bangga nye gua nak tunjuk pada korang, cake gua yang lazat lagi berkrimm nehh.. Tadaaaa~~

ini gambaq tipu, sekian. gambaq hat betoi ilang dahh. mwaaa~



#Tempahan dibuka!(tetiba) Ahahaha..


Mesin basuh baju yang aneh!

Jam 11 malam.
Rumah sewa.

Aku:        Korang! Aku nak gi basuh baju dekat akasia, mesin baju.
Shaadah: Siti, nak jugak. Baju banyak sangat, tak larat nak basuh.
Nadiah:   Saya nak jugak. hehe.
Aku:        Okey, jom!

Jam 11.10 malam.
Kedai Dobi, Akasia.

*******************************************************************

Malam tu sumpah sejuk! Dan mesin-mesin baju kat kedai dobi tu jugak banyak yang aneh-aneh.

Basuh baju paling mahal dalam hidop, dan kitorang tobat tanak lagi gi kat kedai dobi tu. Stress.
Nak tau berapa kitorang kene sebab mesin yang pelik tu? RM27.50. Thorbaekk.

Ni laa ghupe mesin jadah tu, ape motip dia buat mesin yang cenni pown aku tak tau la.






Korang kot jumpe mesin gini, jangan laa guna weh. Menyusahkan hidop betol. Tau nape aku cakap menyusahkan hidop? Meh nak cite. Mesin ni, Guna dia HANYA untuk membasuh baju sahaja. Mesti korang tak paham an? Ok ceni cite dia. Ye, memang kegunaan asal mesin baju adalah untuk membasuh baju. Dan aku expect mesin ni akan baju aku dan buat pengeringan sekaligus. Well yeah, takde lah aku pikir sampai ke tahap nak kering kan baju yang boleh terus lipat tu kan. No, no, no.

Masalah mesin ni, dia cuma MEMBASUH sahaja! Jadi camni haa.





Nampak bebuih hat terkeluaq tu? Haaa.. That is what i'm trying to explain just now. Membasuh dan dibiarkan buih-buih sekali. Motip? Ape ade ke manusia yang hantaq baju semata-mata nak cuci biaq berbuih-buih pastu angkut baju yang berbuih tadi sambung bilas plak kat rumah? Funny.

Reaksi kami bertiga, gelak sepuas hati sebab tak penah jumpe mesin camni. Gila kau, mesti la kita expect takkan jadi camtu an? haaa. Bila dah jadi camni, well yeah. Bapak lawak! hahaha.


Ini post is credited to Shaadah and Nadiah Nawi :)
Depa yang suruh aku post benda ni, buat kenangan kata depa. kehkehkeh.