Sunday, 5 October 2014

Adik-adik kesayangan. :D








Assalamualaikum. Haip! :)
Ok, sebelum pape. Aku nak ucapkan selamat hari raya Aidiladha pada semua orang. Seronok ke korang beraye taon ni? Ada dapat duit raye ke eh masa raya haji ni, bak skit bagi kat aku. Haha.

Ok2, bende yang aku nak cite ni pasal adik2 aku. Dalam gambaq kat atas tuu, tu la adik-adik kesayangan aku.  3orang adik lelaki. Diorang bertiga ni ada 1 peel yang bole buat korang tekekek-kekek gelak. Dan ayat sambungan masa dok nyanyi tu, merapu2. Tapi kot dengaq, bole ketawa sampai menangis laa weh. (ini kalau time korang segar la). Peel diorang adalah, sambung menyanyi dengan suara yang teramatlah sumbang. Tapiii kalau korang tengah tido laa time tu an, bole terbangon sebab hangin dengan peel diorang yang 1 ni. Memang kena ngucap panjang la time tu an =.='

Nak cakap tu je, ahah. Ohh, esok. Memasing akan gerak balik belajaq semula. Mama kompem sayu. Ehee.. Sabaq nah ma? We love youu! Muah! Hee.

Sunday, 14 September 2014

Detik menjadi senior di USIM.

USIM.

Sept, 2014. Dah stat jadi senior dahh. Bak kata orang Korea, dah jadi 'Sunbae'. Ok, ekceli la en, takde mende yang spesel ponn jadi senior ni. Aku rasa sama je, jelez lagi kat junior2 ade la. Time aku jadi junior, takdenye aku nak pikiaq nak cari tempat intern bagai. Enjoy je keje aku, tapi enjoy-enjoy aku pon. Belajar aku tak lupe hokey?haa.. Tapi skang ni, Allahurabbi. Cuak dengan nak cari tempat intern, dengan interbiu nye, dengan pangai interbiu-er nye. Waduhh.. Boleh muntah ijau bak ang.

Tapi ye, ko nak muntah ijau ke, ko nak pengsan berkali-kali ke. Tetap. Tetap ko kena tempuh gak mende ni sume. Jadi, akak (poyo) nak bagi sedikit pesanan pada hadek-hadek yang bakal jadi pewaris USIM seterusnya. Kita mai kat USIM ni bukan tok blajaq ja, do get involved jugak laa dalam persatuan sana-sini. Jangan jadik katak bawah tempurung yang memang kalau kita pikiaq logik akai, katak tu takkan pi memana ponn. Nah? Bawak-bawak laa becampoq sket nah? Kalau hang tak mau bcampoq la ni, payah laa ang nak kuaq nanti.

Memana yang dapat pointer sikit tu, jangan putus harapan. Bumi ni bulat, kadang kat atas kadang kat bawah. Ok, aku cakap macam aku bebetol da habis belajar gamaknye. Terlupe atau mungkin tak sedo yang aok tu belajar lagi. =.='

Ape pon, aku sedikit terkesan dengan kata-kata pensyarah aku pagi dalam 1 program yang aku wajib gi tu la. Katanye, lebih kurang macam ni lahh. ' You all adalah penentu nasib junior2 yang lain bila korang keluar dari USIM, segala kualiti yang ada pada diri korang itu menentukan nasib mereka.' 

Which mean, mengikut pemahaman aku sendiri. Baik buruk pangai kitorang bila get involved dengan bermacam jenis manusia kat dunia luar USIM, tak kira kami tercampak kat mana sekali pon dalam dunia pekerjaan. Baik dalam hutan atau kat tengah bandar atau kat kawasan2 yang lain, tindak-tanduk kami akan bagi impact pada generasi keluaran USIM nanti.

Teringat jugak aku pada kata-kata sorang lagi pensyarah aku. "Tak ke besar dosa korang pada junior2 dan yang lain bila korang kena buang keje atau gagal dalam latihan industri yang sekaligus memburukan nama baik USIM? Korang dah menutup periuk nasi thousand of them. Tak malu ke?". Ok, lebih kurang macam tu laa en.

Jadi, apa yang aku faham ialah kami pelajar Tahun 4 memegang 1 amanah yang amat besar yang mana aku rasa korang faham dah amanah jenis apa yang aku maksudkan tu. Takde masa laa tok budak Tahun 4 ni nak bermegah diri la kekonon, da jadi senior katakan. Pada memana yang mungkin terasa tu, aku suka korang terasa. Bagos pon ekceli, at least korang tau apa yang korang kena hadap, pegang dan yang sewaktu dengannya lah en.

Tu je kot, Malas da aku nak bebel. Korang da besarkan. Boleh pikir da, ce korang congak umo tu dah bape? Then, made conclusion based on your own age. Jumpe lain kali plak nah? Babai. Assalamualaikum.

Sunday, 17 August 2014

Pengalaman beraya di rumah gelfren. (Macam da lame tak jumpe je, cheiitt!!)



Aktiviti arini tobat penuh stat dari tengahari sampai kul9 tadi. Tengahari gi beraye dengan gelfren ke rumah terbuka gelfren lagi sorang. Gelfren 1 nama dia Syaidatul Syafinaz a.k.a Pnut. Gelfren ke-2 pula diberi nama Aina Nadia a.k.a Nad. 

Well, tengahari tu harap maklumlah. Masa untuk bersiap ke rumah gelfren ke-2 aku tu, lepas Zohor aku shoot ke rumah gelfren 1 untuk jemput dia. Al-maklum, beliau seorang puteri. Dan bila mana kitorang sampai je kat highway Gut, macam lipan panjang dia. Sila bayangkan anda menggunakan HANYA gear 1 disepanjang highway. Sungguh menyamankan sekali bukan? =’D
Sampai je kat umah gelfren ke-2 tu, cam biasa la salam-salam dengan mak akak dan ayah (eh?) dia. Mak gelfren aku tu cakap “Aok da kurus da skang”, and I was like “Oh yeke makcik? Ehh takde lahh” (Muka tokley bla).

Kemudian, duduk dimeja makan dan tenung se se menu yang sedang molek tersedia. Dan aku mengambil keputusan untuk terus mencapai sate. Tapi 3 cucuk je hokey, nak rasa menu nasi hujan panas  dengan ayam masak merah plak. Uishh.. Harus lahh nak merasa setiap masakan kat umah gelfern aku nii. Mak dia masak sesedap hokey! Sesedap Oreo Cheese Cake buatan aku sendiri. Jadi.. Ehem. Andai kata ada yang nak order cake tu, sangat lahh di alu-alukan! Eh kau tetibe da kenape? Hah. Kalau nak tahu la en,  Mak ayah gelfren2 aku tuu dah macam mak ayah aku jugak. Same je ngan family aku, diorang tu da tahap kembaq2 aku dah. Tak payah laa nak heran. Korang pown ada kengkawan yang rapat gilee ngan family korang en? Well, kita sama lah!

Then macam biasa laa, pompuan. Selfie selfie. Semangat guna monopod jemah oiii! Keklik keklik. Tadaaaaa~

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
Ahah. Tade pape pown. Gambaq tersimpan kemas dihati =’D
Tu je tok hari ni, sekian. 

#Mood; kurang baik. Tetiba terharu gembira! Ahaks.

Friday, 8 August 2014

Selamat ulang tahun Puan Mama! :')



 Hasil copetan dari Incik Google =P



Today is my mom birthday! Lets party!! Eh? Ok, itu dah melebih. Ehem. Jadi memandangkan hari ni hari jadi mak aku kan? So, opkos entry ni khas tok mak aku lahh. Mummyy! We do love you forever!

Buat Mak/Mama.

Terima kasih untuk segalanya ma, terima kasih sebab tak tinggalkan kitorang walaupun kadang pangai kitorang tuu macam syaitan kecik. Tapi sekarang pangai kitorang da baek kan ma kan? hekhek. Ma. Besar sangat jasa ma kat kitorang. Masak, kemas umah, jaga kitorang adik beradik, peluk cium kitorang dari kecik sampai laa sekarang. Da beso panjang pun ma masih peluk cium kitorang. Tapi sungguh, tak timbul rasa malu sikit pun dalam hati bila ma buat camtu kat kitorang. Suka lagi ade la, ase sebak jugak. Haha. Ok, sebak tu mungkin akak sorang jela kot an memandangkan yang lain semuanya putera-putera gagah perkasa. Akak jelaa puteri yang lemah lembut, cantik lagi comel. =D

Ma nak tau? Tengah-tengah taip entry ni, aiq mata da macam aiq terjun da. Haiyyoo.. Pehal laa pulak an? Ni kalau ma nampak ni, compem ma tanye 'Da kenape nanges ni?'. Jawapan yang mungkin akak bole bagi, senyuman manis jela kan? Ohoho. (Tetutup mulut, sopan kan?)

Ohh.. Petang ni kita ni gi kubur ayah kan ma kan? Jadi, di kesempatan ini saya dengan berbesar hati menjemput sesiapa yang berdekatan turut sama hadir bersama kami. Sekiranya anda mahulah kan? Ngee..

Ok, da tak tau nak habaq pa lagi da ni hah. Nanti update lain kali la noh? Babai sumee. Doakan kebahagiaan kami sekeluarga, dan juga kebahagiaan buat kehadiran orang baru dalam family ='D

Saturday, 17 May 2014

My Big Big Big family!

 Nii adalah muka tang tang innocent lagi. Muka cecomey ag, muka waktu muda an.. Wahaha :P

My Mulamalat Family :D




Ssreett.. sreett.. ishh.. Banyak giler sawang kat blog ni, jenuh laa aku nak kekemas. Eh? Haii semua! Eh, lagi laa salah. Assalamualaikum semua! haa.. Baru sedap bunyi dia, kan? Haha.

Akceli, bulan ni aku superb busy! Dah sem 6 kat USIM, tapi baru sem ni busy -.-' Nampak tak aku ni tak bersosial dengan bagoss.. haha. Minggu ni, bulan ni adalah minggu sedih aku. Allah sayang aku sangat ni, alhamdulillah. Banyak dapat ujian bulan ni. :')

Dari satu-satu masalah, tapi an yang paling aku sukaa sekali bila kejadian ni jadi. Baru semalam pown jadinye, haha. Aku ada kelas malam semalam, pastukan nak dijadikan cite. Aku lupee nak tutup lampu kete! Hambekk kau! aku kuar kelas dalam pukul 9.30. Dekat sejam stengah jugak laa lampu kete tu terbior seniqi an? Haha.

Kecut jangan cakap ah,lelari aku cari manusia yang bole tolong aku. Tapi alhamdulillah, aku sangat berterima kasih pada sahabat-sahabat sekelas, sahabat-sahabat sekuliah dann tak lupa pada LECTURER aku! En. Zulkarnaen. Bersusah-payah dia tolong aku, padahal dia tak balik rumah lagi semalam pas balik keje tu.
Dari pejabat, shoot gi kelas ngaja kitorang, pastu tolong aku lagi semalam. Memang "Deabak" ah Sir aku ni. Thorbaekk sehh.

Tapi an, benda yang aku nak highlight kat sini ialah, bebudak kos aku. Kos Pentadbiran Muamalat, memang bagus! Ape? Nampak macam nak angkat bakul seniqi? Eh lantak laa.. Ni ape yang aku ase kot, dan aku nak bagitau kat diorang yang diorang tuu memang baik sangat! Kita family of Muamalat! Dan ye, aku sayang korang. Frankly speaking laa ni kira nye, tade tetipu aehh.. Haha :P

Aku cakap, bukan atas sebab kejadian malam semalam semata-mata. Tapi atas banyaak sebab! Korang memang number one laa dalam bab-bab menolong kengkawan yang dalam kesusahan. Tak kira laa korang rapat ke tak rapat ke, sume korang tolong. Ingat an bende-bende yang penah jadi pada bebudak kos kite? hee..

Yup, tipu kalau aku cakap takde langsung pertelagahan sesama kita selama ni. Tapi, mane ada sehh family yang sopmo dok bahagia je an? Tipu gler ah kalau korang cakap ada, paling koman pown mesti ada gegaduh manje, bebaling bantal. en en? Elehh, aku tau laa.. Alah, tak payah cakap family laa. Dengan kawan pon ada yang terasa hati. Dek kerana tersedak makan dengan lahap, dia terminum air ko tanpa mintak izin pon kadang ko da terasa. cehh..

Ok dahh! Haha. Bab merapu ni memang aku suka sangat nii! Haha. Oh ye! kita sedang menunggu kelahiran anak buah baru dalam keluarga besar kita nii.. Anak Ateh kan? Tapi nak cakap awal-awal ni, cadangan nama telah ditutup. Bapak dia dah spare name dah tok anak dia yang bakal lahir dengan gebuu tuu.. Mintak simpan nama tuu untuk anak masing-masing laa nanti ye sahabat-sahabat! Wahaha XD

Tuu jelaa kot yang aku nak cakap pada korang, ehh lupe laa! ada 1 lagi, sekalung ucapan SEMOGA BERJAYA untuk semua dalam nak menghadapi minggu peperiksaan tak lama lagi!! Moga kita semua dapat keputusan yang terbaekk dan dapat anugerah DEKAN bersama-sama lagi nanti :))

Monday, 31 March 2014

Terlalu rinduu!!!!!




3 April ....
Lagi bape hari je, tak lama lagi. Hari tu adalah hari jadi ayah. Dulu, aku sukaa bagi hadiah kat ayah, sukaa sangat. Sebab aku sayang ayah. Nak tau? aku penah bagi ayah baju kemeja kale ijau. Ijau terang! Haha. Aku beli guna duet belanja sekolah yang ayah bagi setiap hari, aku kumpul sebab nak bagi hadiah kat ayah.

Ayah ketawa masa dapat hadiah tu, ayah cakap 'terima kasih kakak'. Aku senyum, gembira. Ayah pakai baju tu, hanya sekali. Kecewa pada mulanya, tapi bila da besar baru aku faham kenapa. Malu laa kan, warne terang sangat!

Dapat gaji pertama, aku beli lagi baju untuk ayah. Baju melayu putih dengan baju batik warne biru gelap. Ayah pakai, ayah suka pakai. Sebab ayah suka warna putih dengan warna gegelap. Mak. Terima kasih mak sebab tolong akak pilihkan baju untuk ayah.

Setiap kali bufday sesape, kita selalu makan kepci kan? ehee.. Tapi kali ni, mak cakap nak buat lain sikit. Memandangkan kali ni semua orang akan ada kat rumah, yang belajar jejaoh sume balik rumah. Yang bekerja kat luar sume da balik, Mak cakap mak nak buat kenduri sikit. Kenduri kesyukuran dengan kenduri arwah.

Kenapa tetiba ada kenduri kesyukuran? Nak tau? Ehem. Ingat lagi pada adik saya di post tunaikan permintaan tu? Ahaa.. Yang tu laa. Na'im. Muhammad Na'im Bin Ismail. In shaa Allah akan habis hafazan Quran nye minggu depan. Katanya begitu, moga Allah permudahkan kamu dik! ;)

Alhamdulillah, tertunai da impian ayah nak anak-anak dia jadi tahfiz ni. Menunggu kemunculan hafiz lagi sorang dalam family! Hwaiting dik! Yeay! (tepuk-tepuk tangan). Eh? Hahaha. Ehem-ehem. Kembali serius.
Rindu. Ye aku rindu! Rindu pada ayah, rindu pada mak, dan rindu pada semua !

Tunggu saya balik eh semua? nanti kita cecite reramai. Eheh. Kalau ada yang nak dengar aku berceloteh la.
Wahaha.. Kbaii~

Thursday, 6 March 2014

Uhibbukki ki ki ki ki ki ki ki.




Alhamdulillah, harini genap 22 tahun umur *cough* cough* SAHABAT saya. Ahaa.. Bukan saya ye? Muda lagi ni.. Haha. Okeyy, harini umur dia da genap 22 tahun laa.. Eh, da jadi kakak daa laa ye dalam geng kita ni? :)

Nama diberi Fatin Afiqah Binti NorYazid. Sedap kan? Sesuai dengan orangnya, manis dipandang. Ayu gitu. Hee. Post ni khas untuk sahabat selaku kakak dan mak kepada saya. Aku sayang kau tau wehh! :*

Fatin. Kau laa manusia pertama yang aku kenal bila masuk dalam USIM ni, kau laa yang aku rapat memula dulu, masa tahun 1. Ingat tak? Masa tu, kehulu kehilir kita sensama. Sekarang? Dah jadi roommate aku dah. Kita tidur sebilik, kadang-kadang atas satu toto yang sama. Untung tak tidur sebantal je kan? Wahaha. Gurau! Aku gurau je! Ampunn.. Hee..

Fatin. Aku nak mintak maaf ni, banyak sangat salah yang aku buat pada kau. Selalu berbalah dengan kau, tapi kau sabar je lagi dengan aku. Tak pernah tinggalkan aku masa aku susah, terima kasih untuk itu! Sumpah aku terharu dengan kau!

Manusia yang paaaling banyak cari gaduh dengan kau pun, aku jugak kan? Haha. Bagi aku la kan, kau laa teman gaduh aku, kau jugak la sahabat susah senang aku. Harini kita gaduh, esok kita kawan balik. Alahai. Kau rasa tak yang kita semua ni comel? Gegedik nak gegaduh manje sesama kita? Maksud aku, budak rumah kita laa.. Sape lagi kan. :')

Kita 8 orang, dari sem 1 sampai sekarang. Alhamdulillah masih lagi berlapan sekarang. Walau banyak pahit jerih yang kita lalui bersama, kita tetap bersama. Dan aku bersyukur sangat-sangat punya sahabat macam korang! Tau kenapa? Sebab kita berlapan saling melengkapi. Kalau ada yang lemah pada benda tu, yang lain boleh tolong kuatkan benda tu.

Dan paling aku bahagia dengan korang adalah.. Ukhuwah sesama kita. Semakin kuat dari hari ke hari. Kalau ada yang gaduh antara kita, yang lain akan tolong satukan balik. Benda ni, pernah aku, Shaadah dengan Farhana bincangkan. Masa kat Indonesia dulu. Ecehh. Dulu laa sangat kan. :P

                      


Demi Allah, aku saaaayaaaang kat korang sangat-sangat! Moga Allah perkuatkan lagi tali persahabatan kita atas dasar cinta kita pada-Nya. Fatin, maaf kiranya suara aku tertinggi pada kau. Kau pun tau aku ni jenis macam mana kan? Kasar orangnye, tak reti nak berlembut-lembut. Tapi sungguh, dalam hati. Aku sayaaang sangat kat kau!

Ehem. Dah rupa orang bercinta dah dok sayang-sayang dari tadi. Haha. Biaq p laa kan, da memang aku sayang korang! Lebbiu gurl's! 

Ohh.. Ohh.. Walaupun dah ucap kat kau tadi, nak gak ucap lagi sekali.  Selamat Ulang Tahun Fatin! :DD
Maaf bagi kek coklat tu je tadi. Nanti rezki murah, aku beli lain eh? Memalam jangan nanges sensorang tau? Bagitau kat kitorang, boleh kita nanges sensame. Hiks!

Thursday, 6 February 2014

Ayah

 Kredit.

 Ayah. Ingat tak masa akak kekecik dulu, akak selalu ikut ayah beli barang niaga pastu akak akan terus gi kat meja kaunter untuk main tekan kalkulator laju-laju? Acacah macam hebat sangat boleh tekan kalkulator lelaju. Ayah tak pernah larang, ayah tak pernah marah, asal akak tak kacau kerja orang. Hehe.

Sampai orang kedai tu kenal akak ni budak yang suka main tekan kalkulator, dia tak kisahkan ayah? Baik betul orang tu. Lepas tu ayah belikan akak bebola Ayamas kat sebelah kedai barang tu. Sedap ayah, sedap sungguh. Bertambah akak makan.


 ni la bebola sedap tu.


Ayah penah cakap kat akak, "kakak dah besar nanti jadi doktor ye? Boleh tolong ubatkan ayah kalau ayah sakit." Akak cuma senyum sambil mengiyakan. Bila ayah utarakan kemahuan ayah pada sorang hamba Allah tu, dia gelakkan ayah kan? Dia cakap akak tak layak. Akak marah betul dalam hati, geram! Tapi bila dah besar, masuk sekolah menengah, minat akak menjurus pada bidang kira-kira. Ayah tak marah pun, ayah siap bagi sokongan lagi. Terima kasih ayah.

Lepas SPM, akak masuk Matrik Kedah. Alhamdulillah, kat situ rezeki akak. Ayah dengan mak ditemani pokde dengan mokde hantar akak. Jaoh sungguhkan ayah? Tapi ayah tak kisah pun demi anak ayah ni. Dan alhamdulillah akak diberi peluang untuk sambung pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam bidang yang akak minat.

Ayah gembira. Ayah gembira sebab akak berjaya tunaikan impian ayah nak masukkan sorang anak ayah kat Universiti ni. Kampung kita kat Melaka, memang akan lalu kat highway Dengkil, lalu tepi USIM. Ayah selalu cakap 'Ayah kalau boleh nak sorang dari anak ayah masuk kat sini.' (Sambil tunjuk dan senyum). Memang itulah yang ayah akan ulang setiap kali kita balik kampung. Dan alhamdulillah sekali lagi, Allah pilih akak masuk USIM. 

Masa hari pendaftaran, ayah pakai hensem-hemsem. Ayah pakai sesemat. Ayah azankan perjalanan akak untuk masuk USIM. Sepanjang perjalanan, ayah tak habis-habis bagi nasihat itu nasihat ini. Risau ayah mengalahkan risau mak yang tak banyak bersuara. Hihi. Masa nak hantar akak masuk asrama, kita parking kereta jaooohh sangat. Sebab banyak kereta, masing-masing nak hantar anak jugak. Sama macam mak ayah.

Ayah penat masa tu, akak kesian tengok ayah. Dah sakit lutut kata ayah, tapi ayah jalan jugak. Hantar jugak sampai bawah bangunan asrama akak. Ayah. Ayah menangiskan masa hantar akak kat asrama tu? Akak nampak ada airmata yang bergenang kat kelopak mata ayah. Bahagia rasa bila ayah gembira, bila dapat buat ayah rasa bangga.

Tapi kegembiraan akak tak lama ayah, sebulan lepas akak masuk USIM. Ayah pulak masuk hospital. Kelam-kabut akak balik petang tu ayah, sampai rumah malam. Ayah tengah sakit teruk. Akak tak pernah tengok ayah sakit macam tu, pedih. Pedih rasa hati tengok ayah macam tu. Jadual akak setiap hujung minggu, balik rumah pergi hospital jaga ayah. 

Hari terakhir ayah cakap dengan akak, masa tu ayah dah takde suara dah dan akak nak balik USIM dah. 
Ayah pegang tangan akak dan tanya 'kakak ada duit tak?'. Ayah, sungguh rasa tak kuat masa tu, ayah tanya sambil nangis sikit. Sempat lagi risaukan akak padahal ayah yang tengah terlantar sakit. Akak cakap 'Ada ayah, akak ada duit. Ayah jangan risaukan akak, ayah jaga kesihatan ayah bebaik. Ayah kena cepat sembuh.' 

Tak lama lepas tu, ayah koma. Takde lagi pandangan dari ayah, takde lagi gerak mulut ayah untuk bercakap dengan kami. Hanya sebulan di hospital sebelum ayah pergi menghadap yang Maha Esa. Sempat. Kami sempat bersama ayah bila ayah menghembuskan nafas yang terakhir.

Sekarang dah lebih 2 tahun ayah pergi, bermacam perkara yang akak lalui tanpa ayah. Banyak benda diluar jangkaan yang terjadi lepas ayah takde. Dan akak masih lagi rasa cemburu pada sahabat yang masih mempunyai ayah. Terlalu mudah air mata ni jatuh.

Moga ayah tenang disana, berbahagia disisi Pencipta. In Shaa Allah.

Al-fatihah.

Wednesday, 22 January 2014

BUKA BUKU BARU!!

Fuhh.. Malam ni nak meluah sedikit bersama penggunaan perkataan yang agak kasar. Izinkan saya.

Mulai malam ni, aku kena buka buku baru! Kenapa? Atas permintaan yang aku fikirkan harus aku tunaikan. Ohoii! Awak kuat laa Zulaikha, pehal nak sesedih? Pehal nak sesayu? Hidup kena tenang, jangan gelabah. Ehem. Pembetulan. Berlagak tenang.

Hidup atas muka bumi ni, memang untuk diuji. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab memang pun kita sentiasa diuji. Elehh.. Allah baru gertak sikit dah meleleh. Over laa kau! Tak percaya pada ketentuan Allah? Tak percaya pada apa yang dah memang tertulis untuk kau? Dah boleh agak jawapannya kan? Ceh. Klise sungguh.

Ye aku tau, memang kita boleh ubah takdir kita. Melalui apa? Doa tentunya! Bukankan doa itu senjata orang Mukmin? Kenapa kita selalu lalai tentang fakta ni? Kenapa?? Sebab kita dah biarkan nafsu bermaharajalela dalam hati kita. Kita tempatkan nafsu di tangga pertama dalan hati kita. Sungguh, kita tergolong dalam orang yang rugi.

Astagfirullah.. Astagfirullah.. Astagfirullah..





 "Yang menciptakan mati dan hidup, untuk MENGUJI kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun."
                                                                                             (Al Mulk : 2)



Nahh.. Berderai laju macam air terjun dah! Astagfirullah.. Allah yang Maha mengetahui segala sesuatu. Jangan pernah berhenti bergantung harap pada Allah. Jangan pernah lupa yang Allah ada sentiasa dengan kita. Dan yup! Aku perlu berubah! Jalan yang terbaik untuk menenangkan hati adalah...

Mengadu pada Allah! 

Kita selalu mendahulukan kawan untuk bercerita tentang masalah kita, dengan harapan mereka boleh selesaikan masalah kita. Kan? Lepas tu bila dah sesak sangat, bila dah ada sarang tebuan atas kepala tu. Baru nak ingat Allah. Ape kes camtu? Hishh..

Kena bebalik-balik pada Allah. Kembali pada fitrah asal kita. Kembali pada fitrah sang hamba merintih pada Yang Satu. Allah suka dengar masalah kita, Allah suka sangat bila kita merayu-rayu pada Nya. Allah suka bila kita bercerita pada Nya. 

Mungkin Allah takkan bagi penyelesaian dengan secepatnya sebab Allah nak bagi kita rasa hujan sebelum kita mengenal pelangi. Allah nak bagi kita kegembiraan yang berlipat ganda lepas kita sesedih. Sebab tu jangan kesal. Jangan kesal dengan apa yang kita telah, sedang atau akan lalui. Sebab kita akan mula belajar lepas kita buat salah. 

Allah.. Kuatkan aku :')

Monday, 20 January 2014

Tunaikan permintaan!!

Nampak hiper saya malam ni kan? Haha. Post yang ke-3 untuk malam ni. =.='
Tapi tapi.. Yang kai nii sebab adik saya yang mintak laaa.. Dia yang nak.

Alhamdulillah nama diberi MUHAMMAD NA'IM BIN HAJI ISMAILAdik yang paaaling rapat dengan saya. Rasanya! Haha. Muda setahun je dari saya dan mungkin disebabkan itu saya rapat dengan dia =P

*Hensem ke? Ahah. Sendiri mau ingat laa bhai! Ekeke.
Btw bro, ni je gambaq hang yang ada dalam laptop aku. Peace =D

 

Alhamdulillah lagi, beliau seorang tahfiz. In shaa Allah. Doakan! Moga jadi anak soleh yang mampu selamatkan mak ayah kita dik! Ehem. Peringatan. Untuk diri kita juga!

Owyeahh!!



berCinta masa Belajar!! Ohh..

Ahaa.. Ni bukan nak bagi tips. Bukan jugak menggalakkan. Ini nasihat namanye ye hadeh-hadek. Ecehh. Macam da tua sangat je rupe yee.. Haha =P

Tengahari tadi sempat laa saya berborak dengan makcik jiran depan rumah. Orang Kelantan. Sape orang kelantan kat sini? Angkat tangan lelaju!! Haha.. Ramai jugak ye? hee.. Okeyy dah. Jom sambung cerita. Haha

Makcik Han. Ni name yang selalu saya panggil laa. Diluahnye perasaan tentang anak dia. keputusan tak macam dulu katanye, termenung-menung. Bercinta agaknya? Telah cik Han ni. Tergelak laa saya dengar, haha.

Si cantek si hensem semua. Ye saya tahu ingin MENYAYANGI dan DISAYANGI itu fitrah manusia. Tapi jangan laa sampai lalai.. Allah.. Ingat tujuan utama mak ayah kita hantaq pi belajaq tuu untuk hape. Bukan bercintan-cintun kan?




 Haaa... Kann.. Boley ehh korang-korang? Hah?! Tak bolehh? Ohh takpe. Kita slow-slow laa.. Benda kalau kita asek push je memang tak jadi ape laa kan. Hiks.

Tau tak kalau kita niat belajar kerana Allah. Kita dapat pahala? Even kalau kita meninggal time belajar punn dah dikira jihad tau? Untung sangat kita ni. Jangan laa kita sesiakan harapan mak ayah kita eh? Tak nak tengok mak ayah sedihkan? Sayang mak ayah kan? Haaa.. Macam tu laa.. =)


*Sampai sini je ye? nanti kita sambung. ahah 
   Baii! Assalamualaikum =)

berCINTA berJIMBA!!

Hamboii..nampak je cecinta nak bace ye?haha.. okeh. setelah sekian lama tak menghapdet belog yang suci ni baru hari ni berkesempatan. Eh suci ke? haha :P

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi sebab harini dapat lah saya bersama-sama keluarga tercinta bercinta-cintun. Kenapa nak bagitahu? Ape yang spesel? Ohh.. Mudah je, sebab nak sambut hari jadi adik terchentaa saya laaa!! :D

Selamat Hari Jadi adik! aku sayang kau tau? Ohh.. Nama dia Muhammad Firdaus Bin Haji Ismail. Ni bufday dia yang ke-15. Besau da kau ye dik? Teringat aku dedulu time kau kekecik, dengan hingus kau meleleh lagi.. Ahaks =P

Amek dia kat asrama then makan2 dekat2 je memandangkan cikgu dia bagi masa sejam setengah je! =.='
Tapi maseh jugak laa cikgu ye? hee.. Baru dapat jumpa adik aku sorang ni lepas berbulan tak jumpe. Kekandamu dilanda sedikit kebusyan.. Eheh.. Berkerut muka nampak nak bace? Tak paham ye? Haha.. Busy-busy.

Dahh.. sampai sini je nak mengarut. Penat! Babai sume~
Assalamualaikum (,"(",)