Sunday, 14 September 2014

Detik menjadi senior di USIM.

USIM.

Sept, 2014. Dah stat jadi senior dahh. Bak kata orang Korea, dah jadi 'Sunbae'. Ok, ekceli la en, takde mende yang spesel ponn jadi senior ni. Aku rasa sama je, jelez lagi kat junior2 ade la. Time aku jadi junior, takdenye aku nak pikiaq nak cari tempat intern bagai. Enjoy je keje aku, tapi enjoy-enjoy aku pon. Belajar aku tak lupe hokey?haa.. Tapi skang ni, Allahurabbi. Cuak dengan nak cari tempat intern, dengan interbiu nye, dengan pangai interbiu-er nye. Waduhh.. Boleh muntah ijau bak ang.

Tapi ye, ko nak muntah ijau ke, ko nak pengsan berkali-kali ke. Tetap. Tetap ko kena tempuh gak mende ni sume. Jadi, akak (poyo) nak bagi sedikit pesanan pada hadek-hadek yang bakal jadi pewaris USIM seterusnya. Kita mai kat USIM ni bukan tok blajaq ja, do get involved jugak laa dalam persatuan sana-sini. Jangan jadik katak bawah tempurung yang memang kalau kita pikiaq logik akai, katak tu takkan pi memana ponn. Nah? Bawak-bawak laa becampoq sket nah? Kalau hang tak mau bcampoq la ni, payah laa ang nak kuaq nanti.

Memana yang dapat pointer sikit tu, jangan putus harapan. Bumi ni bulat, kadang kat atas kadang kat bawah. Ok, aku cakap macam aku bebetol da habis belajar gamaknye. Terlupe atau mungkin tak sedo yang aok tu belajar lagi. =.='

Ape pon, aku sedikit terkesan dengan kata-kata pensyarah aku pagi dalam 1 program yang aku wajib gi tu la. Katanye, lebih kurang macam ni lahh. ' You all adalah penentu nasib junior2 yang lain bila korang keluar dari USIM, segala kualiti yang ada pada diri korang itu menentukan nasib mereka.' 

Which mean, mengikut pemahaman aku sendiri. Baik buruk pangai kitorang bila get involved dengan bermacam jenis manusia kat dunia luar USIM, tak kira kami tercampak kat mana sekali pon dalam dunia pekerjaan. Baik dalam hutan atau kat tengah bandar atau kat kawasan2 yang lain, tindak-tanduk kami akan bagi impact pada generasi keluaran USIM nanti.

Teringat jugak aku pada kata-kata sorang lagi pensyarah aku. "Tak ke besar dosa korang pada junior2 dan yang lain bila korang kena buang keje atau gagal dalam latihan industri yang sekaligus memburukan nama baik USIM? Korang dah menutup periuk nasi thousand of them. Tak malu ke?". Ok, lebih kurang macam tu laa en.

Jadi, apa yang aku faham ialah kami pelajar Tahun 4 memegang 1 amanah yang amat besar yang mana aku rasa korang faham dah amanah jenis apa yang aku maksudkan tu. Takde masa laa tok budak Tahun 4 ni nak bermegah diri la kekonon, da jadi senior katakan. Pada memana yang mungkin terasa tu, aku suka korang terasa. Bagos pon ekceli, at least korang tau apa yang korang kena hadap, pegang dan yang sewaktu dengannya lah en.

Tu je kot, Malas da aku nak bebel. Korang da besarkan. Boleh pikir da, ce korang congak umo tu dah bape? Then, made conclusion based on your own age. Jumpe lain kali plak nah? Babai. Assalamualaikum.