Saturday, 17 May 2014

My Big Big Big family!

 Nii adalah muka tang tang innocent lagi. Muka cecomey ag, muka waktu muda an.. Wahaha :P

My Mulamalat Family :D




Ssreett.. sreett.. ishh.. Banyak giler sawang kat blog ni, jenuh laa aku nak kekemas. Eh? Haii semua! Eh, lagi laa salah. Assalamualaikum semua! haa.. Baru sedap bunyi dia, kan? Haha.

Akceli, bulan ni aku superb busy! Dah sem 6 kat USIM, tapi baru sem ni busy -.-' Nampak tak aku ni tak bersosial dengan bagoss.. haha. Minggu ni, bulan ni adalah minggu sedih aku. Allah sayang aku sangat ni, alhamdulillah. Banyak dapat ujian bulan ni. :')

Dari satu-satu masalah, tapi an yang paling aku sukaa sekali bila kejadian ni jadi. Baru semalam pown jadinye, haha. Aku ada kelas malam semalam, pastukan nak dijadikan cite. Aku lupee nak tutup lampu kete! Hambekk kau! aku kuar kelas dalam pukul 9.30. Dekat sejam stengah jugak laa lampu kete tu terbior seniqi an? Haha.

Kecut jangan cakap ah,lelari aku cari manusia yang bole tolong aku. Tapi alhamdulillah, aku sangat berterima kasih pada sahabat-sahabat sekelas, sahabat-sahabat sekuliah dann tak lupa pada LECTURER aku! En. Zulkarnaen. Bersusah-payah dia tolong aku, padahal dia tak balik rumah lagi semalam pas balik keje tu.
Dari pejabat, shoot gi kelas ngaja kitorang, pastu tolong aku lagi semalam. Memang "Deabak" ah Sir aku ni. Thorbaekk sehh.

Tapi an, benda yang aku nak highlight kat sini ialah, bebudak kos aku. Kos Pentadbiran Muamalat, memang bagus! Ape? Nampak macam nak angkat bakul seniqi? Eh lantak laa.. Ni ape yang aku ase kot, dan aku nak bagitau kat diorang yang diorang tuu memang baik sangat! Kita family of Muamalat! Dan ye, aku sayang korang. Frankly speaking laa ni kira nye, tade tetipu aehh.. Haha :P

Aku cakap, bukan atas sebab kejadian malam semalam semata-mata. Tapi atas banyaak sebab! Korang memang number one laa dalam bab-bab menolong kengkawan yang dalam kesusahan. Tak kira laa korang rapat ke tak rapat ke, sume korang tolong. Ingat an bende-bende yang penah jadi pada bebudak kos kite? hee..

Yup, tipu kalau aku cakap takde langsung pertelagahan sesama kita selama ni. Tapi, mane ada sehh family yang sopmo dok bahagia je an? Tipu gler ah kalau korang cakap ada, paling koman pown mesti ada gegaduh manje, bebaling bantal. en en? Elehh, aku tau laa.. Alah, tak payah cakap family laa. Dengan kawan pon ada yang terasa hati. Dek kerana tersedak makan dengan lahap, dia terminum air ko tanpa mintak izin pon kadang ko da terasa. cehh..

Ok dahh! Haha. Bab merapu ni memang aku suka sangat nii! Haha. Oh ye! kita sedang menunggu kelahiran anak buah baru dalam keluarga besar kita nii.. Anak Ateh kan? Tapi nak cakap awal-awal ni, cadangan nama telah ditutup. Bapak dia dah spare name dah tok anak dia yang bakal lahir dengan gebuu tuu.. Mintak simpan nama tuu untuk anak masing-masing laa nanti ye sahabat-sahabat! Wahaha XD

Tuu jelaa kot yang aku nak cakap pada korang, ehh lupe laa! ada 1 lagi, sekalung ucapan SEMOGA BERJAYA untuk semua dalam nak menghadapi minggu peperiksaan tak lama lagi!! Moga kita semua dapat keputusan yang terbaekk dan dapat anugerah DEKAN bersama-sama lagi nanti :))