Wednesday, 25 March 2015

Hari Makan.

Assalamualaikum. Haii semua. Lama tak jumpa an. Eceh. Bajet ada orang nak baca plak an blog ni. Hee.

Seperti yang dijanjikan (janji dengan aina), maka tertubuh la entri kali ni. Beberapa minggu yang lalu (hampeh baru nak tulis!), alhamdulillah kami kembali menguatkan silaturrahim yang dah lama terjalin. Cewaahh. Haha.

Aku amek Aina kat rumah dia. And by the time da nak sampai tu, my mom called me. She said, 'kakak. Amek mama sekarang, dah habis check up da ni.' Aku pun cakap la, 'orang da nak sampai umah aina dah mak.' Mak punye terkejut sebab dia ingat aina yang amek aku. Haha.

So, first place yang kitorang gi ialah Damansara Empire. Ni nak habaq mai ni, cun gilee weh bangunan dia! Buat macam stail Europe mungkin. Nak tangkap gambaq, cam malu plak la an. Time lunch kot, ramai orang. 

Datang sini pun semata sebab nak makan Boat Noodle. Allah, yang mee orang makan bermangkuk-mangkuk tuuu. Yang tu laa. Aina told me before, rasanya mee dia banyak gak la dalam 1 mangkuk tu. And aku jadi terpikiaq, kot banyak la kan. Why those people makan bermangkuk-mangkuk eh? Sama ada tekaan aina tu salah, atau mee tu memang bebetol sedap!

So ni jela yang sempat aku tangkap2 masa dok kat kedai Boat Noodle tu.





Perkenalkan, Aina yang cantek. 


Rasa mee ni, macam mee celop je aku rasa. Haha. Punye laa aku ingat ada bentuk sampan ke hape ke. Upenye cenni je. Simple.

Dannn. Sikit. Patut le orang-orang itu makan bermangkuk-mangkuk. Haha. Tak puas laa makan 1 je. Nak-nak pulak aku memang peminat tegar mee celop. Haihh. Napsuuu~

*btw, beef punye lagi sedap dari ayam! Haha

Next, kitorang gi ikea pulak. Haha. Kan dah habaq awai, kali ni punye entri pasal makan-makan semata-mata. Kat sini kitorang makan meatball dengan kepak ayam yang sungguh lazat. 


Tadaaaa~
Surga donia.


Makan guna tangan ok? Peduli la orang pandang, dah kenapa nak pandang an? Bukan salah pun makan centu. Nikmat kot. Eheh. Lagipun, memang elok pun makan guna tangan. Cepat hadam makanan tu nanti. Haaa. 

Meatball ni. Aku rase biase2 je. Tapi aina, mak dengan adik aku cukup suke dengan meatball ni. Macam tak paham. Takpe lah, citarasa orang kan lain-lain? Peace!

Ok lepas tu sebelum balik, singgah dulu kat Alam Avanue. Beli pulak kat cafe pinky ape tah. Sebaris je dengan SincerelybyShawl. Haha. Sorry, i cant remember it well. Tak fokus kat nama kedai tu pun, kat makanan dia je aku fokus. Haha.

Kat cafe tu, aku beli banocheese ke ape tah, dengan cheese with hershey cake. Pehh. Serius sedap dedua tu! Sempat jugak aku berkenalan dengan orang yang buat cake ni. Haha. Tapi yang ni aku tak sempat la amek gambaq dia. Tau-tau da abeh da. Haha. Nnti pi la tengok sendiri kedai tu eh. 

Ok. Tu je sesi makan kali ni. Anta aina pulang dengan masing-masing kembong kekenyangan. Hahaha.

Jumpe lain kali deh? Baii. Assalamualaikum.

Sunday, 15 February 2015

Kakak.

Assalamualaikum semua.

Harini best sket sebab aku jumpe kakak kesayangan dekat klia 2. Haha. Jaoh kot aku datang (jaooohhh sangat!) , aku dari shah alam tau? Semata datang sana sebab nak jumpa dengan akak ni. Haha. Rindu kot.

Well. Akak ni nama dia Siti Zaidah Zakariar (dia masih single lagi, boleh kalau nak isi borang lagi. Ehem!). Tadi tu dia baru je balik outstation (lah sangat) kat Sarawak. Turun klia 2 sebelum bergerak pulang ke rumah beliau.

Dia akak paliiinngg aku sayang! Gittew kau. Haha. Dan manusia yang paling rapat dengan aku sepanjang aku kat usim. Memacam bende laa aku penah buat dgn akak ni. Keje gilaa lagi banyak. Haha.

Kitorang en, penah nak eksiden waktu malam, gatal an  pi lalu tempat gelap. Berpusing-pusing sehh kete! Alhamdulillah, syukur pada Allah masih dipanjangkan usia. Mujur jugak takde kete lain time tu. Kot tak laa. Aku pun tak tau laa idop lagi tak time ni. Pheww. Kenangan.

Daripada akak ni aku belajar banyak benda.
1. Belajar make-up (malu!)
2. Belajar jadi lebih keperempuanan (ehh, betol ke aku eja ni?)
3. Belajar jadi lebih dewasa
4. Belajar erti hidup yang sebenar.

Nanges memang selalu laa kat dia ni. Haha. Bak cite masalah pun senang la kat akak ni, konfem ko boleh tgelak2 la pastu. Dia punye nasihat en, kadang boleh buat ko ketawa, kadang boleh buat ko nanges lagi teruk and selalunye laa dia akan buat ko rasa macam 'wey! Bangunlah! Hidup mane ada nak hepi manjang.' Centu ah lebih kurang.

Mak ayah akak ni pun baik. Alhamdulillah diorang boleh terima aku yang serba kekurangan ni. Hee. Dan aku pun bahagia dengan family dia. Tak janggal langsung! Sayang diorang. Sangat! Tq akak kenalkan kita pada family akak :D

Ok dah. Kemain panjang dia. Haha. Nitee.
Jumpe lagi nanti. Ahh, lupa.
Nanti I mintak borang kosong pada akak zaid ok? Haha :p

Monday, 2 February 2015

Tips menjaga hati suami (kecantikan, makanan)

gambar hiasan :D


Jangan sebelum kawen je kau jaga muka, jaga badan. Lepas kawen lag kau kena jaga, ni la cara kita nak "ikat" suami. Kena pandai masak jugak, kebanyakkan lelaki suka kat perempuan yang pandai masak. 

Bila makan dan minum dia terjaga, pastu dapat pulak isteri yang kekal awet muda lagi cun. Err. Kalau tak muda pun, manis dipandang la. In shaa Allah, suami kita takkan cari yang lain dah la. Kecuali kalau tu memang ujian untuk kau la kan, maaf laa tak boleh nak tolong apa. Mohon bersabar. Hoho.

P/S:
pesanan iklas dari makcik cun kat pasar malam, buat awek-awek cun diluar terlebih utama buat aku tentunya! Dah aku yang dapat dulu pesan ni. Haha. Thank You makcik! Nanti lepas kawen kita amalkan. Hihi (gatai!)










Tuesday, 27 January 2015

My lovely Oreo Cheese Cake yang sedap lagi berkrimm =D

Aku rasa aku dah semakin hebat memasak pastry (nada riak). Dulu penah try, test, cuba buat kuih raya, alaa ape ke name laa kuih tuu.. Yang bebulat tuu, yang pas korang goreng korang gegolek an dia dengan bijan. Nak bagi melekat laa kat bende alah bulat tuu.. Haa.. Tau takk nehh?? Alahaii.. Jap jap aku try google. Kot ada, nak kasi tunjuk.


ni laa bende nyee(Eksited)!! =D

Bila dah siap masak benda ni, bagi nenek aku rasa. Tentunya aku tak rasa dulu, terlampau eksited laa katakann.. Haha. Tau Puan nenek komen ape? Ni kalau baling kat dinding pown, dinding tuu yang pecah. Keras macam batu. Hikkk!! (sesak napas gua). Tapi takpe. Masa buat tu umo gua dalam 11 tahun centu. Masih belajar en, stended ah jadi lagu tuu.. Haha.

But now, aku dah matured (lah sangat). Jadi rasa bangga bila percubaan pertama gua buat cheese cake ni menjadi.. Haha. Rasa bahagia bila family aku cakap sedap! Walaupun at first, my mom said 'tak payah buat lahh, kang jadi tah hape-hape' (ok itu sedihh). Tapi ma, akak da wat sehabis baik dah nak banggakan ma tau? (overr~)

So dengan bangga nye gua nak tunjuk pada korang, cake gua yang lazat lagi berkrimm nehh.. Tadaaaa~~

ini gambaq tipu, sekian. gambaq hat betoi ilang dahh. mwaaa~



#Tempahan dibuka!(tetiba) Ahahaha..


Mesin basuh baju yang aneh!

Jam 11 malam.
Rumah sewa.

Aku:        Korang! Aku nak gi basuh baju dekat akasia, mesin baju.
Shaadah: Siti, nak jugak. Baju banyak sangat, tak larat nak basuh.
Nadiah:   Saya nak jugak. hehe.
Aku:        Okey, jom!

Jam 11.10 malam.
Kedai Dobi, Akasia.

*******************************************************************

Malam tu sumpah sejuk! Dan mesin-mesin baju kat kedai dobi tu jugak banyak yang aneh-aneh.

Basuh baju paling mahal dalam hidop, dan kitorang tobat tanak lagi gi kat kedai dobi tu. Stress.
Nak tau berapa kitorang kene sebab mesin yang pelik tu? RM27.50. Thorbaekk.

Ni laa ghupe mesin jadah tu, ape motip dia buat mesin yang cenni pown aku tak tau la.






Korang kot jumpe mesin gini, jangan laa guna weh. Menyusahkan hidop betol. Tau nape aku cakap menyusahkan hidop? Meh nak cite. Mesin ni, Guna dia HANYA untuk membasuh baju sahaja. Mesti korang tak paham an? Ok ceni cite dia. Ye, memang kegunaan asal mesin baju adalah untuk membasuh baju. Dan aku expect mesin ni akan baju aku dan buat pengeringan sekaligus. Well yeah, takde lah aku pikir sampai ke tahap nak kering kan baju yang boleh terus lipat tu kan. No, no, no.

Masalah mesin ni, dia cuma MEMBASUH sahaja! Jadi camni haa.





Nampak bebuih hat terkeluaq tu? Haaa.. That is what i'm trying to explain just now. Membasuh dan dibiarkan buih-buih sekali. Motip? Ape ade ke manusia yang hantaq baju semata-mata nak cuci biaq berbuih-buih pastu angkut baju yang berbuih tadi sambung bilas plak kat rumah? Funny.

Reaksi kami bertiga, gelak sepuas hati sebab tak penah jumpe mesin camni. Gila kau, mesti la kita expect takkan jadi camtu an? haaa. Bila dah jadi camni, well yeah. Bapak lawak! hahaha.


Ini post is credited to Shaadah and Nadiah Nawi :)
Depa yang suruh aku post benda ni, buat kenangan kata depa. kehkehkeh.