Sunday, 15 February 2015

Kakak.

Assalamualaikum semua.

Harini best sket sebab aku jumpe kakak kesayangan dekat klia 2. Haha. Jaoh kot aku datang (jaooohhh sangat!) , aku dari shah alam tau? Semata datang sana sebab nak jumpa dengan akak ni. Haha. Rindu kot.

Well. Akak ni nama dia Siti Zaidah Zakariar (dia masih single lagi, boleh kalau nak isi borang lagi. Ehem!). Tadi tu dia baru je balik outstation (lah sangat) kat Sarawak. Turun klia 2 sebelum bergerak pulang ke rumah beliau.

Dia akak paliiinngg aku sayang! Gittew kau. Haha. Dan manusia yang paling rapat dengan aku sepanjang aku kat usim. Memacam bende laa aku penah buat dgn akak ni. Keje gilaa lagi banyak. Haha.

Kitorang en, penah nak eksiden waktu malam, gatal an  pi lalu tempat gelap. Berpusing-pusing sehh kete! Alhamdulillah, syukur pada Allah masih dipanjangkan usia. Mujur jugak takde kete lain time tu. Kot tak laa. Aku pun tak tau laa idop lagi tak time ni. Pheww. Kenangan.

Daripada akak ni aku belajar banyak benda.
1. Belajar make-up (malu!)
2. Belajar jadi lebih keperempuanan (ehh, betol ke aku eja ni?)
3. Belajar jadi lebih dewasa
4. Belajar erti hidup yang sebenar.

Nanges memang selalu laa kat dia ni. Haha. Bak cite masalah pun senang la kat akak ni, konfem ko boleh tgelak2 la pastu. Dia punye nasihat en, kadang boleh buat ko ketawa, kadang boleh buat ko nanges lagi teruk and selalunye laa dia akan buat ko rasa macam 'wey! Bangunlah! Hidup mane ada nak hepi manjang.' Centu ah lebih kurang.

Mak ayah akak ni pun baik. Alhamdulillah diorang boleh terima aku yang serba kekurangan ni. Hee. Dan aku pun bahagia dengan family dia. Tak janggal langsung! Sayang diorang. Sangat! Tq akak kenalkan kita pada family akak :D

Ok dah. Kemain panjang dia. Haha. Nitee.
Jumpe lagi nanti. Ahh, lupa.
Nanti I mintak borang kosong pada akak zaid ok? Haha :p

Monday, 2 February 2015

Tips menjaga hati suami (kecantikan, makanan)

gambar hiasan :D


Jangan sebelum kawen je kau jaga muka, jaga badan. Lepas kawen lag kau kena jaga, ni la cara kita nak "ikat" suami. Kena pandai masak jugak, kebanyakkan lelaki suka kat perempuan yang pandai masak. 

Bila makan dan minum dia terjaga, pastu dapat pulak isteri yang kekal awet muda lagi cun. Err. Kalau tak muda pun, manis dipandang la. In shaa Allah, suami kita takkan cari yang lain dah la. Kecuali kalau tu memang ujian untuk kau la kan, maaf laa tak boleh nak tolong apa. Mohon bersabar. Hoho.

P/S:
pesanan iklas dari makcik cun kat pasar malam, buat awek-awek cun diluar terlebih utama buat aku tentunya! Dah aku yang dapat dulu pesan ni. Haha. Thank You makcik! Nanti lepas kawen kita amalkan. Hihi (gatai!)










Tuesday, 27 January 2015

My lovely Oreo Cheese Cake yang sedap lagi berkrimm =D

Aku rasa aku dah semakin hebat memasak pastry (nada riak). Dulu penah try, test, cuba buat kuih raya, alaa ape ke name laa kuih tuu.. Yang bebulat tuu, yang pas korang goreng korang gegolek an dia dengan bijan. Nak bagi melekat laa kat bende alah bulat tuu.. Haa.. Tau takk nehh?? Alahaii.. Jap jap aku try google. Kot ada, nak kasi tunjuk.


ni laa bende nyee(Eksited)!! =D

Bila dah siap masak benda ni, bagi nenek aku rasa. Tentunya aku tak rasa dulu, terlampau eksited laa katakann.. Haha. Tau Puan nenek komen ape? Ni kalau baling kat dinding pown, dinding tuu yang pecah. Keras macam batu. Hikkk!! (sesak napas gua). Tapi takpe. Masa buat tu umo gua dalam 11 tahun centu. Masih belajar en, stended ah jadi lagu tuu.. Haha.

But now, aku dah matured (lah sangat). Jadi rasa bangga bila percubaan pertama gua buat cheese cake ni menjadi.. Haha. Rasa bahagia bila family aku cakap sedap! Walaupun at first, my mom said 'tak payah buat lahh, kang jadi tah hape-hape' (ok itu sedihh). Tapi ma, akak da wat sehabis baik dah nak banggakan ma tau? (overr~)

So dengan bangga nye gua nak tunjuk pada korang, cake gua yang lazat lagi berkrimm nehh.. Tadaaaa~~

ini gambaq tipu, sekian. gambaq hat betoi ilang dahh. mwaaa~



#Tempahan dibuka!(tetiba) Ahahaha..


Mesin basuh baju yang aneh!

Jam 11 malam.
Rumah sewa.

Aku:        Korang! Aku nak gi basuh baju dekat akasia, mesin baju.
Shaadah: Siti, nak jugak. Baju banyak sangat, tak larat nak basuh.
Nadiah:   Saya nak jugak. hehe.
Aku:        Okey, jom!

Jam 11.10 malam.
Kedai Dobi, Akasia.

*******************************************************************

Malam tu sumpah sejuk! Dan mesin-mesin baju kat kedai dobi tu jugak banyak yang aneh-aneh.

Basuh baju paling mahal dalam hidop, dan kitorang tobat tanak lagi gi kat kedai dobi tu. Stress.
Nak tau berapa kitorang kene sebab mesin yang pelik tu? RM27.50. Thorbaekk.

Ni laa ghupe mesin jadah tu, ape motip dia buat mesin yang cenni pown aku tak tau la.






Korang kot jumpe mesin gini, jangan laa guna weh. Menyusahkan hidop betol. Tau nape aku cakap menyusahkan hidop? Meh nak cite. Mesin ni, Guna dia HANYA untuk membasuh baju sahaja. Mesti korang tak paham an? Ok ceni cite dia. Ye, memang kegunaan asal mesin baju adalah untuk membasuh baju. Dan aku expect mesin ni akan baju aku dan buat pengeringan sekaligus. Well yeah, takde lah aku pikir sampai ke tahap nak kering kan baju yang boleh terus lipat tu kan. No, no, no.

Masalah mesin ni, dia cuma MEMBASUH sahaja! Jadi camni haa.





Nampak bebuih hat terkeluaq tu? Haaa.. That is what i'm trying to explain just now. Membasuh dan dibiarkan buih-buih sekali. Motip? Ape ade ke manusia yang hantaq baju semata-mata nak cuci biaq berbuih-buih pastu angkut baju yang berbuih tadi sambung bilas plak kat rumah? Funny.

Reaksi kami bertiga, gelak sepuas hati sebab tak penah jumpe mesin camni. Gila kau, mesti la kita expect takkan jadi camtu an? haaa. Bila dah jadi camni, well yeah. Bapak lawak! hahaha.


Ini post is credited to Shaadah and Nadiah Nawi :)
Depa yang suruh aku post benda ni, buat kenangan kata depa. kehkehkeh.

Sunday, 5 October 2014

Adik-adik kesayangan. :D








Assalamualaikum. Haip! :)
Ok, sebelum pape. Aku nak ucapkan selamat hari raya Aidiladha pada semua orang. Seronok ke korang beraye taon ni? Ada dapat duit raye ke eh masa raya haji ni, bak skit bagi kat aku. Haha.

Ok2, bende yang aku nak cite ni pasal adik2 aku. Dalam gambaq kat atas tuu, tu la adik-adik kesayangan aku.  3orang adik lelaki. Diorang bertiga ni ada 1 peel yang bole buat korang tekekek-kekek gelak. Dan ayat sambungan masa dok nyanyi tu, merapu2. Tapi kot dengaq, bole ketawa sampai menangis laa weh. (ini kalau time korang segar la). Peel diorang adalah, sambung menyanyi dengan suara yang teramatlah sumbang. Tapiii kalau korang tengah tido laa time tu an, bole terbangon sebab hangin dengan peel diorang yang 1 ni. Memang kena ngucap panjang la time tu an =.='

Nak cakap tu je, ahah. Ohh, esok. Memasing akan gerak balik belajaq semula. Mama kompem sayu. Ehee.. Sabaq nah ma? We love youu! Muah! Hee.

Sunday, 14 September 2014

Detik menjadi senior di USIM.

USIM.

Sept, 2014. Dah stat jadi senior dahh. Bak kata orang Korea, dah jadi 'Sunbae'. Ok, ekceli la en, takde mende yang spesel ponn jadi senior ni. Aku rasa sama je, jelez lagi kat junior2 ade la. Time aku jadi junior, takdenye aku nak pikiaq nak cari tempat intern bagai. Enjoy je keje aku, tapi enjoy-enjoy aku pon. Belajar aku tak lupe hokey?haa.. Tapi skang ni, Allahurabbi. Cuak dengan nak cari tempat intern, dengan interbiu nye, dengan pangai interbiu-er nye. Waduhh.. Boleh muntah ijau bak ang.

Tapi ye, ko nak muntah ijau ke, ko nak pengsan berkali-kali ke. Tetap. Tetap ko kena tempuh gak mende ni sume. Jadi, akak (poyo) nak bagi sedikit pesanan pada hadek-hadek yang bakal jadi pewaris USIM seterusnya. Kita mai kat USIM ni bukan tok blajaq ja, do get involved jugak laa dalam persatuan sana-sini. Jangan jadik katak bawah tempurung yang memang kalau kita pikiaq logik akai, katak tu takkan pi memana ponn. Nah? Bawak-bawak laa becampoq sket nah? Kalau hang tak mau bcampoq la ni, payah laa ang nak kuaq nanti.

Memana yang dapat pointer sikit tu, jangan putus harapan. Bumi ni bulat, kadang kat atas kadang kat bawah. Ok, aku cakap macam aku bebetol da habis belajar gamaknye. Terlupe atau mungkin tak sedo yang aok tu belajar lagi. =.='

Ape pon, aku sedikit terkesan dengan kata-kata pensyarah aku pagi dalam 1 program yang aku wajib gi tu la. Katanye, lebih kurang macam ni lahh. ' You all adalah penentu nasib junior2 yang lain bila korang keluar dari USIM, segala kualiti yang ada pada diri korang itu menentukan nasib mereka.' 

Which mean, mengikut pemahaman aku sendiri. Baik buruk pangai kitorang bila get involved dengan bermacam jenis manusia kat dunia luar USIM, tak kira kami tercampak kat mana sekali pon dalam dunia pekerjaan. Baik dalam hutan atau kat tengah bandar atau kat kawasan2 yang lain, tindak-tanduk kami akan bagi impact pada generasi keluaran USIM nanti.

Teringat jugak aku pada kata-kata sorang lagi pensyarah aku. "Tak ke besar dosa korang pada junior2 dan yang lain bila korang kena buang keje atau gagal dalam latihan industri yang sekaligus memburukan nama baik USIM? Korang dah menutup periuk nasi thousand of them. Tak malu ke?". Ok, lebih kurang macam tu laa en.

Jadi, apa yang aku faham ialah kami pelajar Tahun 4 memegang 1 amanah yang amat besar yang mana aku rasa korang faham dah amanah jenis apa yang aku maksudkan tu. Takde masa laa tok budak Tahun 4 ni nak bermegah diri la kekonon, da jadi senior katakan. Pada memana yang mungkin terasa tu, aku suka korang terasa. Bagos pon ekceli, at least korang tau apa yang korang kena hadap, pegang dan yang sewaktu dengannya lah en.

Tu je kot, Malas da aku nak bebel. Korang da besarkan. Boleh pikir da, ce korang congak umo tu dah bape? Then, made conclusion based on your own age. Jumpe lain kali plak nah? Babai. Assalamualaikum.

Sunday, 17 August 2014

Pengalaman beraya di rumah gelfren. (Macam da lame tak jumpe je, cheiitt!!)



Aktiviti arini tobat penuh stat dari tengahari sampai kul9 tadi. Tengahari gi beraye dengan gelfren ke rumah terbuka gelfren lagi sorang. Gelfren 1 nama dia Syaidatul Syafinaz a.k.a Pnut. Gelfren ke-2 pula diberi nama Aina Nadia a.k.a Nad. 

Well, tengahari tu harap maklumlah. Masa untuk bersiap ke rumah gelfren ke-2 aku tu, lepas Zohor aku shoot ke rumah gelfren 1 untuk jemput dia. Al-maklum, beliau seorang puteri. Dan bila mana kitorang sampai je kat highway Gut, macam lipan panjang dia. Sila bayangkan anda menggunakan HANYA gear 1 disepanjang highway. Sungguh menyamankan sekali bukan? =’D
Sampai je kat umah gelfren ke-2 tu, cam biasa la salam-salam dengan mak akak dan ayah (eh?) dia. Mak gelfren aku tu cakap “Aok da kurus da skang”, and I was like “Oh yeke makcik? Ehh takde lahh” (Muka tokley bla).

Kemudian, duduk dimeja makan dan tenung se se menu yang sedang molek tersedia. Dan aku mengambil keputusan untuk terus mencapai sate. Tapi 3 cucuk je hokey, nak rasa menu nasi hujan panas  dengan ayam masak merah plak. Uishh.. Harus lahh nak merasa setiap masakan kat umah gelfern aku nii. Mak dia masak sesedap hokey! Sesedap Oreo Cheese Cake buatan aku sendiri. Jadi.. Ehem. Andai kata ada yang nak order cake tu, sangat lahh di alu-alukan! Eh kau tetibe da kenape? Hah. Kalau nak tahu la en,  Mak ayah gelfren2 aku tuu dah macam mak ayah aku jugak. Same je ngan family aku, diorang tu da tahap kembaq2 aku dah. Tak payah laa nak heran. Korang pown ada kengkawan yang rapat gilee ngan family korang en? Well, kita sama lah!

Then macam biasa laa, pompuan. Selfie selfie. Semangat guna monopod jemah oiii! Keklik keklik. Tadaaaaa~

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
Ahah. Tade pape pown. Gambaq tersimpan kemas dihati =’D
Tu je tok hari ni, sekian. 

#Mood; kurang baik. Tetiba terharu gembira! Ahaks.