Friday, 8 August 2014

Selamat ulang tahun Puan Mama! :')



 Hasil copetan dari Incik Google =P



Today is my mom birthday! Lets party!! Eh? Ok, itu dah melebih. Ehem. Jadi memandangkan hari ni hari jadi mak aku kan? So, opkos entry ni khas tok mak aku lahh. Mummyy! We do love you forever!

Buat Mak/Mama.

Terima kasih untuk segalanya ma, terima kasih sebab tak tinggalkan kitorang walaupun kadang pangai kitorang tuu macam syaitan kecik. Tapi sekarang pangai kitorang da baek kan ma kan? hekhek. Ma. Besar sangat jasa ma kat kitorang. Masak, kemas umah, jaga kitorang adik beradik, peluk cium kitorang dari kecik sampai laa sekarang. Da beso panjang pun ma masih peluk cium kitorang. Tapi sungguh, tak timbul rasa malu sikit pun dalam hati bila ma buat camtu kat kitorang. Suka lagi ade la, ase sebak jugak. Haha. Ok, sebak tu mungkin akak sorang jela kot an memandangkan yang lain semuanya putera-putera gagah perkasa. Akak jelaa puteri yang lemah lembut, cantik lagi comel. =D

Ma nak tau? Tengah-tengah taip entry ni, aiq mata da macam aiq terjun da. Haiyyoo.. Pehal laa pulak an? Ni kalau ma nampak ni, compem ma tanye 'Da kenape nanges ni?'. Jawapan yang mungkin akak bole bagi, senyuman manis jela kan? Ohoho. (Tetutup mulut, sopan kan?)

Ohh.. Petang ni kita ni gi kubur ayah kan ma kan? Jadi, di kesempatan ini saya dengan berbesar hati menjemput sesiapa yang berdekatan turut sama hadir bersama kami. Sekiranya anda mahulah kan? Ngee..

Ok, da tak tau nak habaq pa lagi da ni hah. Nanti update lain kali la noh? Babai sumee. Doakan kebahagiaan kami sekeluarga, dan juga kebahagiaan buat kehadiran orang baru dalam family ='D

No comments:

Post a Comment