jeng jeng jeng...
Bila mana satu ketika syaitan menghasut seorang lelaki untuk berbuat maksiat, dosa besar! ZINA!!
Dan akhirnya sehingga lelaki tersebut tergoda dengan hasutan-hasutan syaitan untuk melakukan zina. Selepas kejadian tersebut, lelaki tu menyesal sangat-sangat! Dia teringat pada Allah dan betapa dia telah membelakangkan Allah ketika melakukan maksiat tu.
Lelaki tu menyesal dengan bersungguh-sungguh, meminta ampun dengan Allah dengan kesungguhan. Setiap hari dia meminta maaf pada Allah, terus-menerus meminta ampun. Sehingga satu tahap dia tak tahu pun yang Allah dah ampunkan dosa dia. Tapi lelaki tu tak tahu yang yang Allah dah ampunkan dosa zina dia.
Lelaki tu terus meminta ampun, bertaubat bersungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan semua dosa-dosa dia yang lalu. Akhirnya, lelaki tersebut meninggal dunia dalam keadaan yang suci dari dosa. Ganjaran yang Allah berikan kepada lelaki tersebut adalah SYURGA-Nya!

Lihat bertapa baiknya Allah yang mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya yang telah banyak melakukan dosa terhadap-Nya. Kita sebagai manusia jangan mudah menghukum manusia. Benci pada perbuatan maksiat yang dilakukan nya bukan benci pada dirinya. Kita manusia yang tidak lepas dari dosa dan noda. Kita bukan maksum macam para Nabi dan Rasul, kita cuma manusia biasa.
Walau sehitam mana sekalipun sejarah hidup kita, selagi kita bernyawa, kita tetap berpeluang menjadi AHLI SYURGA..
Jangan berputus asa dan ingat, kita cuma manusia biasa. :)


No comments:
Post a Comment