Wednesday, 11 December 2013

Its all about the matter of HEART.

Sorry for this post. Tapi nak meluah sedikit tentang soal hati..boleh kan? Tak tahu cane nak lepaskan lega ni. Yup, tahu ada banyaaak lagi medium yang mungkin boleh digunakan untuk melepaskan segala lelah dalam hati ni. Tapi, medium-medium lain ada halangan tersendiri bagi saya untuk mengepost benda ni.

Biasa laa zaman sekarang ni, eh salah. bebudak sekarang ni. Tak pernah lepas dari soal hati, termasuklah saya. Eh? Mungkin ada yang tertanya. "Kenapa ya?", "Apa share kat sini? Takde motif langsung laa budak ni!" atau pape jelaa yang terdetik dalam hati kalian. Tapi, dah nama pun Suka-suki belog kan.? Suka hati lahh.. :P

Orite. Ehem. Segan sebab mungkin akan jaoh tersasar dari tajuk utama, ayat tunggang-langgang. Tapi, tah laa. Ramai cakap, pedih hati bila mengenangkan masalah hanya terjadi bila hati kita tak bergantung pada pegangan Allah. Ye saya sedar dengan hal tu, maaf atas kekurangan diri, saya hanya manusia biasa yang kadang terlalu melayan perasaan. Bukan tak pernah mencuba untuk katakan TIDAK pada perasaan tu tapi.. Tak tahu.

Ada sahabat pernah menyusulkan pada saya, buat solat istikharah. Tapi saya jenis manusia yang terlalu takut dalam membuat solat Istikharah. Tahu kenapa? Sebab saya takut dengan jawapan yang bakal saya dapat. Ada yang sama dengan saya? Atau saya sorang je yang pelik kat sini? Eheh.

Setiap kali ada masalah, saya selalu berkongsi dengan Murabbi (Guru) terchenta, walaupun berlainan jantina, bahasa dan latar belakang. Tapi saya sangat selesa dengannya. Ust Lutfi nama gelarannya. Orang yang nama Lutfi ni memang orang yang tenang kot? Macam Mat Luthfi tu? Eh. Lari dari topik ye nampaknya. Ehem.  Beliau sering memberikan kata-kata semangat dan menceritakan kisah-kisah yang seakan dengan masalah saya. Dengan maksud yang mendalam dan tertusuk hati dengan kata-katanya.

Ust cakapkan, jangan pernah ambil pusing dengan apa yang orang lain cakap, asal kita tahu apa yang kita buat. Asal tak salah disisi Syariah Islam, itu sudah mencukupi. Hidup sebagai perempuan, memang terlalu banyak yang kena jaga. Kerana wanita itu adalah cantik, perhiasan dunia. Yang mungkin bakal menjadi fitnah dunia. Jaga hubungan dengan Allah, maka Allah akan menjaga kita. Cukup dengan itu. Takpe andai semua manusia membenci diri kita, jangan Allah yang membenci kita.






Jadi apa masalah soal hatinya??

Soalnya adalah pabila diri mula jadi perhatian orang lain tatkala berlaku perubahan pada diri dan orang mula berkata-kata "indah" tentang diri. Jangan terkejut andai ada dikalangan sahabat sendiri yang aneh dengan kita. Dan pabila saat diri menjadi bahan utama untuk dilemparkan kata-kata "manis" yang kadang membuat hati lemah. Allahurabbi..

Teringat kata-kata sahabat, "Perubahan atau Penghijrahan memang sesuatu yang amat payah, perit dan kadang meletihkan sebab syurga itu manis, menggembirakan dan menenangkan." Simple but indeed. Nak katanya kat sini, yang takde bende mudah pun kat dunia ni yang kita boleh buat untuk memuaskan hati orang. Mungkin ada benda yang kita boleh puaskan hati raaaamai orang tapi mesti ada satu dua yang tetap tak suka jugak. Kan? Pendek kata, jadi diri sendiri lahh.. Senang. Fulsetop! 

Okehh. Takde benda dah kot nak cerita, kalau ada pun kita cerita kat lain post lah. Okbaii. Terima kasih. Assalamualaikum. :D

No comments:

Post a Comment