Wednesday, 22 January 2014

BUKA BUKU BARU!!

Fuhh.. Malam ni nak meluah sedikit bersama penggunaan perkataan yang agak kasar. Izinkan saya.

Mulai malam ni, aku kena buka buku baru! Kenapa? Atas permintaan yang aku fikirkan harus aku tunaikan. Ohoii! Awak kuat laa Zulaikha, pehal nak sesedih? Pehal nak sesayu? Hidup kena tenang, jangan gelabah. Ehem. Pembetulan. Berlagak tenang.

Hidup atas muka bumi ni, memang untuk diuji. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab memang pun kita sentiasa diuji. Elehh.. Allah baru gertak sikit dah meleleh. Over laa kau! Tak percaya pada ketentuan Allah? Tak percaya pada apa yang dah memang tertulis untuk kau? Dah boleh agak jawapannya kan? Ceh. Klise sungguh.

Ye aku tau, memang kita boleh ubah takdir kita. Melalui apa? Doa tentunya! Bukankan doa itu senjata orang Mukmin? Kenapa kita selalu lalai tentang fakta ni? Kenapa?? Sebab kita dah biarkan nafsu bermaharajalela dalam hati kita. Kita tempatkan nafsu di tangga pertama dalan hati kita. Sungguh, kita tergolong dalam orang yang rugi.

Astagfirullah.. Astagfirullah.. Astagfirullah..





 "Yang menciptakan mati dan hidup, untuk MENGUJI kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun."
                                                                                             (Al Mulk : 2)



Nahh.. Berderai laju macam air terjun dah! Astagfirullah.. Allah yang Maha mengetahui segala sesuatu. Jangan pernah berhenti bergantung harap pada Allah. Jangan pernah lupa yang Allah ada sentiasa dengan kita. Dan yup! Aku perlu berubah! Jalan yang terbaik untuk menenangkan hati adalah...

Mengadu pada Allah! 

Kita selalu mendahulukan kawan untuk bercerita tentang masalah kita, dengan harapan mereka boleh selesaikan masalah kita. Kan? Lepas tu bila dah sesak sangat, bila dah ada sarang tebuan atas kepala tu. Baru nak ingat Allah. Ape kes camtu? Hishh..

Kena bebalik-balik pada Allah. Kembali pada fitrah asal kita. Kembali pada fitrah sang hamba merintih pada Yang Satu. Allah suka dengar masalah kita, Allah suka sangat bila kita merayu-rayu pada Nya. Allah suka bila kita bercerita pada Nya. 

Mungkin Allah takkan bagi penyelesaian dengan secepatnya sebab Allah nak bagi kita rasa hujan sebelum kita mengenal pelangi. Allah nak bagi kita kegembiraan yang berlipat ganda lepas kita sesedih. Sebab tu jangan kesal. Jangan kesal dengan apa yang kita telah, sedang atau akan lalui. Sebab kita akan mula belajar lepas kita buat salah. 

Allah.. Kuatkan aku :')

Monday, 20 January 2014

Tunaikan permintaan!!

Nampak hiper saya malam ni kan? Haha. Post yang ke-3 untuk malam ni. =.='
Tapi tapi.. Yang kai nii sebab adik saya yang mintak laaa.. Dia yang nak.

Alhamdulillah nama diberi MUHAMMAD NA'IM BIN HAJI ISMAILAdik yang paaaling rapat dengan saya. Rasanya! Haha. Muda setahun je dari saya dan mungkin disebabkan itu saya rapat dengan dia =P

*Hensem ke? Ahah. Sendiri mau ingat laa bhai! Ekeke.
Btw bro, ni je gambaq hang yang ada dalam laptop aku. Peace =D

 

Alhamdulillah lagi, beliau seorang tahfiz. In shaa Allah. Doakan! Moga jadi anak soleh yang mampu selamatkan mak ayah kita dik! Ehem. Peringatan. Untuk diri kita juga!

Owyeahh!!



berCinta masa Belajar!! Ohh..

Ahaa.. Ni bukan nak bagi tips. Bukan jugak menggalakkan. Ini nasihat namanye ye hadeh-hadek. Ecehh. Macam da tua sangat je rupe yee.. Haha =P

Tengahari tadi sempat laa saya berborak dengan makcik jiran depan rumah. Orang Kelantan. Sape orang kelantan kat sini? Angkat tangan lelaju!! Haha.. Ramai jugak ye? hee.. Okeyy dah. Jom sambung cerita. Haha

Makcik Han. Ni name yang selalu saya panggil laa. Diluahnye perasaan tentang anak dia. keputusan tak macam dulu katanye, termenung-menung. Bercinta agaknya? Telah cik Han ni. Tergelak laa saya dengar, haha.

Si cantek si hensem semua. Ye saya tahu ingin MENYAYANGI dan DISAYANGI itu fitrah manusia. Tapi jangan laa sampai lalai.. Allah.. Ingat tujuan utama mak ayah kita hantaq pi belajaq tuu untuk hape. Bukan bercintan-cintun kan?




 Haaa... Kann.. Boley ehh korang-korang? Hah?! Tak bolehh? Ohh takpe. Kita slow-slow laa.. Benda kalau kita asek push je memang tak jadi ape laa kan. Hiks.

Tau tak kalau kita niat belajar kerana Allah. Kita dapat pahala? Even kalau kita meninggal time belajar punn dah dikira jihad tau? Untung sangat kita ni. Jangan laa kita sesiakan harapan mak ayah kita eh? Tak nak tengok mak ayah sedihkan? Sayang mak ayah kan? Haaa.. Macam tu laa.. =)


*Sampai sini je ye? nanti kita sambung. ahah 
   Baii! Assalamualaikum =)

berCINTA berJIMBA!!

Hamboii..nampak je cecinta nak bace ye?haha.. okeh. setelah sekian lama tak menghapdet belog yang suci ni baru hari ni berkesempatan. Eh suci ke? haha :P

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi sebab harini dapat lah saya bersama-sama keluarga tercinta bercinta-cintun. Kenapa nak bagitahu? Ape yang spesel? Ohh.. Mudah je, sebab nak sambut hari jadi adik terchentaa saya laaa!! :D

Selamat Hari Jadi adik! aku sayang kau tau? Ohh.. Nama dia Muhammad Firdaus Bin Haji Ismail. Ni bufday dia yang ke-15. Besau da kau ye dik? Teringat aku dedulu time kau kekecik, dengan hingus kau meleleh lagi.. Ahaks =P

Amek dia kat asrama then makan2 dekat2 je memandangkan cikgu dia bagi masa sejam setengah je! =.='
Tapi maseh jugak laa cikgu ye? hee.. Baru dapat jumpa adik aku sorang ni lepas berbulan tak jumpe. Kekandamu dilanda sedikit kebusyan.. Eheh.. Berkerut muka nampak nak bace? Tak paham ye? Haha.. Busy-busy.

Dahh.. sampai sini je nak mengarut. Penat! Babai sume~
Assalamualaikum (,"(",)

Thursday, 12 December 2013

1 Benda yang Syaitan Menyesal Sampai Sekarang!

Hah! nak tahu apa yang syaitan durjana tu menyesal sangat-sangat?? haaa.. Kita ambil pengajaran daripada kisah ni eh.?

jeng jeng jeng...

Bila mana satu ketika syaitan menghasut seorang lelaki untuk berbuat maksiat, dosa besar! ZINA!!
Dan akhirnya sehingga lelaki tersebut tergoda dengan hasutan-hasutan syaitan untuk melakukan zina. Selepas kejadian tersebut, lelaki tu menyesal sangat-sangat! Dia teringat pada Allah dan betapa dia telah membelakangkan Allah ketika melakukan maksiat tu.

Lelaki tu menyesal dengan bersungguh-sungguh, meminta ampun dengan Allah dengan kesungguhan. Setiap hari dia meminta maaf pada Allah, terus-menerus meminta ampun. Sehingga satu tahap dia tak tahu pun yang Allah dah ampunkan dosa dia. Tapi lelaki tu tak tahu yang yang Allah dah ampunkan dosa zina dia.

Lelaki tu terus meminta ampun, bertaubat bersungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan semua dosa-dosa dia yang lalu. Akhirnya, lelaki tersebut meninggal dunia dalam keadaan yang suci dari dosa. Ganjaran yang Allah berikan kepada lelaki tersebut adalah SYURGA-Nya!


Lihat bertapa baiknya Allah yang mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya yang telah banyak melakukan dosa terhadap-Nya. Kita sebagai manusia jangan mudah menghukum manusia. Benci pada perbuatan maksiat yang dilakukan nya bukan benci pada dirinya. Kita manusia yang tidak lepas dari dosa dan noda. Kita bukan maksum macam para Nabi dan Rasul, kita cuma manusia biasa.




Walau sehitam mana sekalipun sejarah hidup kita, selagi kita bernyawa, kita tetap berpeluang menjadi AHLI SYURGA.. 

Jangan berputus asa dan ingat, kita cuma manusia biasa. :)
















Wednesday, 11 December 2013

Its all about the matter of HEART.

Sorry for this post. Tapi nak meluah sedikit tentang soal hati..boleh kan? Tak tahu cane nak lepaskan lega ni. Yup, tahu ada banyaaak lagi medium yang mungkin boleh digunakan untuk melepaskan segala lelah dalam hati ni. Tapi, medium-medium lain ada halangan tersendiri bagi saya untuk mengepost benda ni.

Biasa laa zaman sekarang ni, eh salah. bebudak sekarang ni. Tak pernah lepas dari soal hati, termasuklah saya. Eh? Mungkin ada yang tertanya. "Kenapa ya?", "Apa share kat sini? Takde motif langsung laa budak ni!" atau pape jelaa yang terdetik dalam hati kalian. Tapi, dah nama pun Suka-suki belog kan.? Suka hati lahh.. :P

Orite. Ehem. Segan sebab mungkin akan jaoh tersasar dari tajuk utama, ayat tunggang-langgang. Tapi, tah laa. Ramai cakap, pedih hati bila mengenangkan masalah hanya terjadi bila hati kita tak bergantung pada pegangan Allah. Ye saya sedar dengan hal tu, maaf atas kekurangan diri, saya hanya manusia biasa yang kadang terlalu melayan perasaan. Bukan tak pernah mencuba untuk katakan TIDAK pada perasaan tu tapi.. Tak tahu.

Ada sahabat pernah menyusulkan pada saya, buat solat istikharah. Tapi saya jenis manusia yang terlalu takut dalam membuat solat Istikharah. Tahu kenapa? Sebab saya takut dengan jawapan yang bakal saya dapat. Ada yang sama dengan saya? Atau saya sorang je yang pelik kat sini? Eheh.

Setiap kali ada masalah, saya selalu berkongsi dengan Murabbi (Guru) terchenta, walaupun berlainan jantina, bahasa dan latar belakang. Tapi saya sangat selesa dengannya. Ust Lutfi nama gelarannya. Orang yang nama Lutfi ni memang orang yang tenang kot? Macam Mat Luthfi tu? Eh. Lari dari topik ye nampaknya. Ehem.  Beliau sering memberikan kata-kata semangat dan menceritakan kisah-kisah yang seakan dengan masalah saya. Dengan maksud yang mendalam dan tertusuk hati dengan kata-katanya.

Ust cakapkan, jangan pernah ambil pusing dengan apa yang orang lain cakap, asal kita tahu apa yang kita buat. Asal tak salah disisi Syariah Islam, itu sudah mencukupi. Hidup sebagai perempuan, memang terlalu banyak yang kena jaga. Kerana wanita itu adalah cantik, perhiasan dunia. Yang mungkin bakal menjadi fitnah dunia. Jaga hubungan dengan Allah, maka Allah akan menjaga kita. Cukup dengan itu. Takpe andai semua manusia membenci diri kita, jangan Allah yang membenci kita.






Jadi apa masalah soal hatinya??

Soalnya adalah pabila diri mula jadi perhatian orang lain tatkala berlaku perubahan pada diri dan orang mula berkata-kata "indah" tentang diri. Jangan terkejut andai ada dikalangan sahabat sendiri yang aneh dengan kita. Dan pabila saat diri menjadi bahan utama untuk dilemparkan kata-kata "manis" yang kadang membuat hati lemah. Allahurabbi..

Teringat kata-kata sahabat, "Perubahan atau Penghijrahan memang sesuatu yang amat payah, perit dan kadang meletihkan sebab syurga itu manis, menggembirakan dan menenangkan." Simple but indeed. Nak katanya kat sini, yang takde bende mudah pun kat dunia ni yang kita boleh buat untuk memuaskan hati orang. Mungkin ada benda yang kita boleh puaskan hati raaaamai orang tapi mesti ada satu dua yang tetap tak suka jugak. Kan? Pendek kata, jadi diri sendiri lahh.. Senang. Fulsetop! 

Okehh. Takde benda dah kot nak cerita, kalau ada pun kita cerita kat lain post lah. Okbaii. Terima kasih. Assalamualaikum. :D

Sunday, 8 December 2013

Suka-suki kuot (read: quotes)! :D

Tonight post is suka-suki posts, haha.. I just feel happy because my family just came to visit me! :D
feel loved to shared some quotes about family as a reminder, do LOVE your FAMILY member's more than your girlpren or your boypren! Uhuk.

Do you realize that you are not calling your parents frequently? Not as much as you are calling your boypren or your girlpren, do you ever realize it..? crying.

lets read some quotes that can awake us from sweet dream, for real!




                                                
                                                 p/s: it is sooo true! i miss my ayah :'(






     When I cry, there are one thing that I realize.. I need my mother's hug more than everything!    Do you.?



                                 Yup! We are growing up and they are growing old  :'(
                                              Do love them before it's too late!





                                                      This is "mengarut" picture.
                   Erk. Do not touch people who has different gender with you before you married them!




                           
                                        My lovely late father. I do miss him so much! Al-fatihah :')





             Lovely couple until Jannah! In Shaa Allah.. Ayah, we'll meet you at Jannah, wait for us! :')


 Okeyy.. I think it's enough!haha. Feel like there something in my eyes. ok babai! Good Night! Assalamualaikum~